MAKIN RAPAT !
Oke. Kita sambung lagi cerita ye. Dah lepas keluar tu kami makin rapat. Boleh katakan selalu ja
mesej. DIA pun selalu ja call aku. Masa kami kenal ni, DIA selalu ja pi main futsal. Tak silap aku
setiap hari khamis malam. Naak dijadikan cerita, satu hari tu mak aku call. Ya Allah. Sumpah aku
tergaman gila masa tu. Mak aku bagitaw kawan aku sorang ni meninggal dunia. Sumpah sedih gila
gila. Aku tak pernah rasa lagi perasaan yang macam ni. Aku macam nak balik Penang jugak
malam tu tapi kawan aku tu dikebumikan kat Teluk Intan. Sedih sangat sangat sebab aku dah
berapa tahun tak jumpa kawan aku tu. Aku ada bagitaw kat DIA sampai nanges nanges. Masa
cerita tu memang tak boleh tahan ayaq mata. DIA mesej aku bagi kata kata semangat semua..
Sebelum DIA pi main futsal DIA pesan kat aku macam macam. Dia jugak buat aku rasa lega. Ada
jugak buat aku senyum. Masa tu aku dah rasa memang aku dah jatuh hati dengan DIA (:
No comments:
Post a Comment