DEMAM
mesti hangpa pelik kan kenapa aku tak bagitaw lagi sapa DIA tu. saja ja nak bagi suspen
sikit. Tunggu masa yang sesuai dulu. Hee. Okey kita sambung cerita balik yee. Dalam seminggu
kot ka dua minggu aku balik , aku demam. Masa ni kami rapat la sikit sebab aku pikir pikir balik
buat apa aku tutup hati aku. Tak salah kan aku bukak hati aku ni untuk kenal DIA . So, kami
selalu contact tapi rasanya selalu wechat. Hee. Kadang kadang tu dia ada la call aku. Hee. Masa
aku demam, kebetulan malam tu dia call aku. Kami on fon nak dekat sejam jugak la tapi bukan
cakap pasal apa pun. DIA beriya sunggu nak hantarkan ubat untuk aku. Aku ni pulak bukannya
jenis makan ubat, penakutlah katakan dengan ubat ni. Hee. Teruk betul perangai aku ni. DIA
pujuk aku gila gila kot. DIA cakap kalau taknak ubat takpala DIA nak bagi air 100 plus. Aku tak
larat nak menolak , so aku setuju jela. Baik sungguh DIA dengan aku. Nak terharu pun ada. hehe.
Lagipun sebelum ni aku yang belikan ubat lepastu hantar kat EX aku. Sebabkan tu aku terharu la
dengan dia sebab dia sweet sangat. Hee. Masa nak hantar air 100 plus kat rumah aku tu, dia
taktaw pun rumah aku kat mana. haha. So, dia dah nak sampai tu DIA call la tanya rumah kat
mana semua. Dalam 15 minit kot, baru dia sampai. Aku ambik air tu kejap ja. Lepas cakap terima
kasih terus naik kat rumah aku. Yang lawaknya DIA beli botol besar kat aku. Hee. DIA cakap
takot tak cukup lepastu dia cakap DIA ada belikan coklat Cadbury almond kot tak silap aku. Ya
Allah, sumpah sweet. Aku memang suka sangat cadbury ni. Care sungguh dia dengan aku. Sejak
tu aku dah mula sukakan dia. Bukannya sebab dia bagi cadbury kat aku tapi sebab dia charming.
HEE. Aku nampak la dia memang ikhlas. Lepastu dia selalu tanya aku ni sihat tak. Selalu ja tanya
pasal aku. Sejak ni la kami rapat. hehe
setakat ni saja yee. Nanti kita sambung lain cerita. (:
bermula.
haiiii semuaa. Kisah aku tu tak habes macam tu ja. Masa aku kat rumah sewa, ada free wifi. Aku
taktaw la yang tu dari management punya wifi ka apa tapi free la. Aku memang rembat wifi tu ja.
haha. Elok ja lepas dia mesej tu aku ingatkan dia tak mesej aku dah tapi dia ada add aku kat
wechat. DP dia pakai baju melayu warna biru. Segak ja. Aku ni pulak tak leh tengok laki pakai
baju melayu. Ada aura la katakan. haha. Aku pun accept la kan. Takkan lah nak sombong kan.
hee. Dah add tu sembang besa ja. Guna saya awak ja. Ajet comel ja. hee. Kadang kadang aku tak
layan sangat sebab aku busy, lepas ja cuti raya tu aku tengah exam midsem. Tapi sebenarnya aku
tengah confuse, aku still mengharapkan EX aku. Aku taktaw la kenapa aku bodoh sangat kan.
Tula la yang aku rasa masa tu sebab tu aku tak berapa layan dia sangat. Budak rumah aku adala
nasihat suruh bukak hati aku untuk orang lain. Masa tu aku pun taktaw nak cakap macam mana.
pertama kali.
sekarang ni nak cerita macam mana aku boleh jumpa jodoh aku tu. Masa tu aku sem 3 kena
pulak dengan nak raya puasa. Aku cuti seminggu kot tak silap aku. Tiket bas nak balik KL tak
silap aku pukul 4 petang , hari selasa. Terpaksa la ambik petang dah semua tiket nak balik KL
habis. Aku naik bas dekat TOL Tambun ja. Family aku pun ada la sekali masa nak hantar aku tu.
Masa dok tunggu bas sampai, ada sebuah kereta behenti kat situ jugak. Naik bas yang sama la
kot. lepas tu, orang yang kelur dari kereta tu rupanya member aku. Nama dia izzat. Aku tnya la
dia buat apa kat sini, dia cakap hantar member dia. Tapi masa tu kami sembang jauh. haha. Nak
jadikan cerita, aku pi toilet, lepas keluar tu tegur la izzat. Aku cakap la kenapa tak mai raya
rumah aku semua. Masa dok sembang tu perasan la ada 2 orang dok dengan izzat tapi tak kenai
pun. Dah sembang tu izzat mintak la number aku sebab dia takdak. Masa aku nak bagi tu, ada la
sorang mamat ni menyampuk nak number aku jugak tapi aku buat taktaw jela. Jual mahal la kot.
haha. Dah lepas sembang aku pi la kat family aku. Bas aku sampai dalam pukul 4 lebih jugak la.
Jem punya pasal. Dalam pukul 2 pagi baru aku sampai pudu. Dah sampai tu kena la tunggu along
ambik. masa dok tunggu tu, member izzat ni satu bas dengan aku. dia tegur la kan. sembang sikit
ja lepas tu member dia ambik. Aku inggat lagi dia pakai baju biru , aku pun pakai baju kemeja
biru. nampak tak kat situ. hehe. elok dia dah pi sat, mesej masuk.Rupanya dia mesej aku.
Kiranya masa aku bagi number dekat izzat dia ambik sekali. Dia la mamat yang menyebuk tu.
hehe. dia mesej selamat perkenalan semua, bagitaw nama dia. hehe. So ,aku balas apa yang patut
ja. lepas tu aku dah tak balas sebab battery nak habes. lepas tu, along aku pun sampai. HABES (:
new.
haiii semua. mesti pelik kan blog ni dah clean. sebenarnya niat nak delete dah blog ni. dah taknak
ingat kenangan lama tapi alhamdulillah aku dah jumpa orang yang aku rasa dia tu jodoh aku.
Lagipun aku nak buat suprise dengan buat entry pasal kisah kami tanpa dia tahu pun. taknak
bagi dia taw blog ni wujud pun. Bulan 10 nanti baru nak bagitahu sebab dah cukup setahun. Hee. Aku
dah pun delete semua entry sebelum ni,tukar URL blog semua dan dah edit lain. Blog ni cerita
pasal kami ja. Hee. Saja ja nak share. (:
BYE.
Subscribe to:
Posts (Atom)